SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ATIE

Friday, 22 May 2015

GIMP

assalamualaikum...

entry kali ni pasal GIMP...

GIMP atau dikenali sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisisan sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL). perisian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Ubuntu, Window, Linux, Apple, Fedora dan Open Suse. oleh itu, pengguna boleh memilih untuk samada untuk menggunakan perisian percuma atau perisian pemprosesan imej berbayar yang lain.

Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubah suai foto, memanipulasi imej dan membentuk imej. hasil akhir tugasan boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail seperti bmp, jpeg, mng, pcx, pdf, png, ps, psd, svg, tiff, tga, xpm dan lain-lain lagi.

begitulah explanation mengenai GIMP... sebenarnya atie tak adalah expert mana nak edit-edit gambar... atie banyak tanya kat kawan atie yang tau nk buat... atie tgok tutorial kat youtube... alhamdulillah... akhirnya atie berjaya juga buat poster berkaitan dengan alam sekitar.




poster berkaitan alam sekitar :)

Thursday, 21 May 2015

microsoft powerpoint

assalamualaikum...

macam biasalah... setiap entry atie kan berkisarkan tentang assignment atie... so... kali ni pasal microsoft powerpoint... en. hafizul minta kami buat biodata siap dengan kuiz lagi.... kuiz pasal diri kita...



dalam powerpoint tu atie ada gunakan teknik audio, hyperlink dan yang terbaru atie belajar vbscript... untuk soalan-soalan kuiz atie guna vb script...


micosoft excel

assalamualaikum...


entry kali berkisarkan tentanggg....jeng... jeng.... jeng... macam la x tau... baca title pun dh tau pasal apa... haha..

entry kali ni pasal microsoft excel... dalam banyak-banyak assignment, atie paling suka assignment excel ni... sebab assignment yang kami dapat adalah


  1. pelajar dikehendaki menyediakan jadual bagi memasukkan Markah Tahunan bagi kelas-kelas Tahun3 dan 4.
  2. dengan menggunakan kemahiran perisian lembaran kerja, kira purata ujian. 30% dari markah peperiksaan pertengahan tahun, 50% dari markah peperiksaan akhir tahun, jumlah markah tahunan dan gred dengan menggunakan fungsi tertentu yang telah dipelajari.
  3. pelajar dikehendaki mengira jumlah setiap skala gred dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. peratus setiap gred juga perlu diperolehi.
  4. pelajar dikehendaki membina graf bagi menunjukkan peratus pencapaian matematik pelajar kelas Tahun 3 dan 4.


bila baca macam susah je... tapi sebenarnya tak la susah mana... di atas tunjuk ajar en. hafizul dan berbekalkan ilmu yang pernah dipelajari waktu diploma dulu jadi atie dapat membuatnya dengan sebaik mungkin... alhamdulillah...

ni hasilnya...





atie hanya tunjuk yang Tahun 3 je sebab cara buat yang Tahun 4 pun sama je...


SIJIL PENGHARGAAN DAN SIJIL PENYERTAAN

Assalamualaikum...

sebenarnya tujuan atie buat blog ni sebab blog ni adalah salah satu daripada tugasan atie... so... en hafizul selaku pensyarah kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi minta kami masukkan semua assignment kami yang sebelum-sebelum ni...

oleh hal yang demikian....ceewahhh... dah macam buat assignment BM la plak... hahaha... so... entry kali ni atie nk tunjuk la sijil penghargaan dan sijil penyertaan yang atie dh buat...

mula-mula ingat macam susah nak buat sijil... rupa-rupanya tak la susah mana pun...



hasil selepas memerah otak... hehe...